Thursday, November 1, 2007

Malaysia Boleh - Kedah Lagi Boleh

After having dug to a depth of 1000 meters last year, Swedish Scientists found traces of copper wire dating back 1000 years and came to the conclusion that their ancestors already had a telephone network more than 1000 years ago.

Not to be outdone by the Swedes, in the weeks that followed, English Scientist dug to a depth of 2000 meters and shortly after headlines in the UK newspapers read; English archaeologists have found traces of 2000 year old fiber-optic cable and have concluded that their ancestors already had an advanced high-tech digital Communications Network a thousand years earlier than the Swedes.

One week later, Malaysian newspapers reported the following:! After digging as deep as 5000 meters in padi fields in Kedah, Malaysian scientists have found absolutely nothing. They, therefore, have concluded that 5000 years ago, Malaysian's inhabitants were already using wireless technology!! !

Read more...

Sunday, October 21, 2007

Suami Yang Pening

Pada suatu hari sepasang suami isteri yang agak berusia umurnya sedang dalam perjalanan menuju ke Johor Bahru melalui highway. Tujuan mereka adalah untuk melawat cucu yang baru lahir di sana. Mereka bertolak semenjak subuh lagi.

Perjalanan itu agak jauh juga, maklumlah dari Lumut, Perak katakan. Sesampai mereka di perhentian rehat Pagoh, mereka berhenti melepaskan penat memandu. Si suami minum air "PowerRoot" dan si isteri pulak minum air kacip fatimah, nak segarkan mata agaknya tu.

Setelah berehat agak lama juga, mereka pun menyambung perjalanan menuju ke JB. Lebih kurang 15minit selepas meninggalkan Pagoh, tiba-tiba si isteri teringat sesuatu lalu berkata,

Isteri: Abahnya, cermin mata saya tertinggal kat tempat makan tadi!!

Suami: Ya Rabbi, awak ni menyusahkan betul la, cermin mata tu pun tak boleh nak jaga, nak kena pusing balik lagi, kena bayar toll lagi, lain kali letak cermin mata atas kepala, baru tak tertinggal. Dah tua makin nyanyuk pulak dia ni.

Si suami terus membebel sepanjang jalan, manakala si isteri terus membisu kerana salah sendiri. Walau macamana pun si suami pusing balik jugak untuk ambil cermin mata si isteri, tapi cuping telinga panas membara kena leter.

Bila sampai ditempat tadi si isteri turun tergesa gesa untuk mengambil cermin matanya yang tertinggal.Tetapi tiba -tiba si suami memanggilnya semula.

Suami : Nak pergi mana?

Isteri : Nak ambil cermin mata saya la, apa lagi!

Suami: Tolong ambil cermin mata saya sekali, saya rasa tertinggal jugak atas meja tu!

Isteri : ???? @#%$*!?>/&$( %#@#@$%&^%*&^?>&%$#^!@~>

Read more...

Isteriku

Seorang lelaki sedang melintas jalan bersama isterinya pada suatu petang. Nasib malang menyebabkan dia kemalangan. Isterinya selamat tetapi si suami mengalami impak dikepalanya menyebabkan dia koma selamabeberapa hari.

Akhirnya si suami telah terjaga dari komanya. Bila dia membuka matanya, dia dapati isterinya sedang bersedih disisinya. Si suami pun memegang tangan isterinya sambil berkata dengan suara penuh kesayuan; " Ayang sentiasa disisi abang tak kira masa.

Masa abang tengah belajar di U dulu pun, abang sering gagal, dan ayang sentiasa berada di sisi memberi dorongan supaya abang terus mencuba..."Si isteri menjadi sayu. Si suami menambah " Masa abang tengah cari kerja dulu pun, abang gagal nak dapatkan sebarang jawatan dalam iklan, ayang masih di sisi, tanpa jemu. Siap tolong carikan dalam paper lagi jawatan kosong untuk abang..." Air mata si isteri bergenang. Disekanya air mata dengan hujung baju.

"Bila abang dah dapat kerja, abang kerja sunguh-sungguh untuk kita. Tapi bertahun-tahun tiada kenaikan gaji dan pangkat. Hinggalah sekarang.. ayang masih di sisi abang. "Dan baru ni abang dah terlepas kontrak RM5j hanya kerana silap yang kecil, abang dipecat dengan notis 24 jam, ...ayang masih disisi.

Mata si suami pula bergenang, "Dan.. sekarang abang terlantar disini. Bila abang sedar ayang masih juga disisi." Esakkan si isteri bertambah kuat...

Si suami berkata lagi, "Abang rasa ayang ni bawak sial la .... BERAMBUS KAU SEKARANG!!

Read more...

Saturday, October 20, 2007

Wasiat terakhir Mak Temah...

Setelah beberapa hari ditempatkan di wad ICU, keadaan Mak Temah mula beransur stabil. Keesokan harinya beliau dipindahkanke wad biasa, tetapi peralatan pernafasannya masih belum ditanggalkan. Tok Ketua bercadang untuk melawat Mak TemahYang merupakan salah seorang kariah mukimnya.

Bersama isterinya Bedah, Tok Ketua ke hospital lewat petang itu untuk menziarah jirannya itu. Mak Temah kelihatan amat lemah tetapi masih dapat mengenali tetamu-tetamunya. Dia memandang ke wajah Mak Bedah dengan mulut yang terkumat kamit. Mak Bedah mendekati Mak Temah sambil mendekatkan telinganya ke bibir beliau. Tok Ketua yang berada di sisi katil sebelah lagi juga turut mendekati bahagian kepala Mak Temah. Tetapi, tiba-tiba Mak Temah mengalami sesak nafas dan dadanya berombak-ombak turun naik.

Dalam keadaan kelam kabut itu, Tok Ketua terlihat tangan Mak Temah seolah-olah meminta pen dan kertas. Kebetulan Tok Ketua menyimpan beberapa helai kertas kecil di dalam saku koceknya dan dengan segera menyerahkannya kepada Mak Temah. Tentunya Mak Temah mahu menulis wasiat, getus fikirannya. Nafas Mak Temah semakin sesak dan akhirnya terhenti setelah beliau menuliskan ayat terakhirnya. Menghormati jenazah, Tok Ketua tidak mahu membaca wasiat itu di depan arwah Mak Temah.

Keesokannya setelah jenazah disempurnakan, barulah Tok Ketua memanggil kesemua waris Mak Temah dan menyatakan Mak Temah sempat menuliskan wasiat untuk mereka sebelum menghembuskan nafasterakhir. Waris-warisnya berasa hairan kerana setahu mereka MakTemah bukan orang berharta. Perlahan-lahan Tok Ketua mengeluarkan kertas yang ditulis oleh arwah Mak Temah semalam dan memasang cermin matanya. Mukanya merah padam dan kertas tersebut jatuh daripada tangannya.

Tiba-tiba Tok Ketua berlari keluar dari biliktersebut. Anak sulong Mak Temah, Rizal mengambil kertas tersebut dari lantai dan membacanya.

Wasiatnya berbunyi : -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
"Tolong jangan pijak salur oksigen aku, Tok Ketua......!"

Read more...

  © Blogger templates ProBlogger Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP